Takut. Risau. Tekanan.
Emosi ini boleh menguasai dan menenggelam kita. Ia memenuhi minda kita dengan soalan yang tidak berjawapan.
Apakah yang akan saya kehilangan? Kesihatan? Keluarga? Pekerjaan? Rumah? Adakah hidup ita akan Kembali normal lagi? Apakah “normal” itu?
Kita tinggal dalam dunia yang berpenyakit dosa. Malapetaka mengelilingi kita, namun kita boleh menyerahkan ketakutan kita kepada Yesus. Dia adalah jawapan kepada sikap takut yang menenggelamkan, yang menghanguskan tenaga kita, merampas kebahagian kita dan memusnahkan kesihatan kita.
Ketakutan adalah emosi. Iman adalah sikap and fokus satu pilihan.
Ketakutan harsu memberi laluan kepada iman Ketika kita melaraskan fokus kita.
Temui Bersama Pastor Mark Finley Ketika dia menunjukkan kepada kita bahawa kita punya Dia yang lebih besar daripada ketakutan kita, lebih luas daripada kerisauan kita dan lebih hebat daripada kegelisahan kita yang bersama kita dan Dia mempunyai penyelesaian praktikal dan nyata-nyata terhadap masalah kita.
Kita punya kepastian dari Dia yang berkata, “Aku tidak sekali-kali akan meninggalkanmu, Aku tidak sekali-kali akan membiarkanmu.” (Ibrani 13:5)